About Me

My photo
Thinking all love ever does is break and burn and end ♫♪

Thursday

Baik baik.


Cakap pasal baik baik kali ni.

Hari tu aku keluar. Lama dah sebenarnya.

Ada lah dalam dua tiga minggu lepas.

Aku keluar pergi buat medical checkup.
Beli barang keperluan sikit.

Ni nak cerita punya pasal.
Time tu aku jumpa semua yang baik baik.
Rezeki aku, mungkin.

Baik baik yang aku tersenyum setiap kali melangkah.

First, aku keluar nak pergi kedai gambar.
Nak buat gambar passport.

Masuk kedai tu, ada Amoi.
Dah Amoi kan, so Cina lah.

Aku cakap aku nak buat gambar passport.
Dia memang peramah gila.
Aku tunggu dalam 15 minit jugak nak tunggu tukang amin gambar tu.
Aku tak kesah pun.
Dia ada customer lagipun.

Lepas dia amik gambar aku,
dia mintak maaf sebab lambat.
Banyak kali dia mintak maaf.
Aku okay je. Duduk dalam bilik tu, dok belek cermin.
Tengok tudung okay ke tak. Haha.

Then, aku gerak pergi klinik.
Area situ jugak.

Mak aihh. Staff kemain peramah dan baik dan sangat baik lah.

Haha.

Staff dalam tu dalam 3 4 orang macam tu.
Semua perempuan.
Dia terangkan kat aku satu satu.

Lepas settle dengan staff, aku masuk bilik doktor.
Doktor pun baik giloooossss!
Satu satu dia tanya aku.
Cek mata, mulut, perut, semuaaa!
Sumpah best klinik tu.

Settle pun sekejap je. Tak lama pun.

Masa aku nak balik pulak, hujan.
Aku nak seberang jalan nak pergi tren.
Hujan lebat. Payung tinggal pulak.
Elok lah tu.

Aku duduk je tepi jalan tu.
Dengan pegang xray aku.
Nak tunggu hujan reda.

Dalam 10 minit aku tunggu, ada pakcik lalu.
Dia bawak payung. Tangan sebelah dia pegang makanan.
Aku pun fifkir dia baru nak makan kot.

Tetiba dia tegur.
Ajak aku jalan sekali pergi seberang jalan.
Dia siap cakap lagi kalau dia basah tak apa,
jangan aku yang basah, jangan xray aku yang basah.
Baik sangat.

Hari tu aku rasa dalam dunia ni ada manusai yang baik.
Yang boleh di buat kawan.
Yang boleh membantu, even tak kenal.

Semua tu chinese. Nice kan.
Satu je aku nak cakap. Please lah Melayu, jangan racist.
Jangan ingat yang kita tak kenal tu semua jahat.


No comments:

Post a Comment